Imagine dining in a European capital where you do not know the local language. The waiter speaks little English, but by hook or by crook you manage to order something on the menu that you recognise, eat and pay for. Now picture instead that, after a hike goes wrong, you emerge, starving, in an Amazonian village. The people there have no idea what to make of you. You mime chewing sounds, which they mistake for your primitive tongue. When you raise your hands to signify surrender, they think you are launching an attack.
Communicating without a shared context is hard. For example, radioactive sites must be left undisturbed for tens of thousands of years; yet, given that the English of just 1,000 years ago is now unintelligible to most of its modern speakers, agencies have struggled to create warnings to accompany nuclear waste. Committees responsible for doing so have come up with everything from towering concrete spikes, to Edvard Munch’s “The Scream”, to plants genetically modified to turn an alarming blue. None is guaranteed to be future-proof.
Some of the same people who worked on these waste-site messages have also been part of an even bigger challenge: communicating with extraterrestrial life. This is the subject of “Extraterrestrial Languages”, a new book by Daniel Oberhaus, a journalist at Wired.
Nothing is known about how extraterrestrials might take in information. A pair of plaques sent in the early 1970s with Pioneer 10 and 11, two spacecraft, show nude human beings and a rough map to find Earth—rudimentary stuff, but even that assumes aliens can see. Since such craft have no more than an infinitesimal chance of being found, radio broadcasts from Earth, travelling at the speed of light, are more likely to make contact. But just as a terrestrial radio must be tuned to the right frequency, so must the interstellar kind. How would aliens happen upon the correct one? The Pioneer plaque gives a hint in the form of a basic diagram of a hydrogen atom, the magnetic polarity of which flips at regular intervals, with a frequency of 1,420MHz. Since hydrogen is the most abundant element in the universe, the hope is that this sketch might act as a sort of telephone number. | Bayangkan anda sedang menjamu selera di sebuah ibu kota Eropah yang anda tidak tahu bertutur bahasa tempat itu. Pelayan lelakinya boleh berbahasa Inggeris sedikit, namun dengan semampu kemampuan, anda dapat memesan sesuatu daripada menu hidangan yang anda tahu, makan dan bayar. Sekarang bayangkan pula, selepas sesat ketika satu pendakian, anda menjumpai, dalam keadaan yang lapar, sebuah kampung di Amazon. Masyarakat setempat tidak dapat langsung memahami anda. Anda membuat isyarat sedang menguyah yang mereka salah tafsir sebagai bahasa kuno anda. Apabila anda mengangkat tangan menandakan anda mengalah, mereka sangka anda ingin melancarkan suatu serangan. Berhubung tanpa konteks yang sama adalah sukar. Sebagai contoh, kawasan radioaktif harus dibiarkan tanpa gangguan untuk puluhan ribu tahun; namun, dengan bahasa Inggeris sendiri yang seribu tahun lalu pun tidak dapat difahami oleh rata-rata penuturnya masa kini, badan-badan bertanggungjawab bertungkus lumus untuk mencipta amaran-amaran yang diletakkan bersama bahan buangan nuklear. Ahli-ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab telah menghasilkan pelbagai cara termasuklah cerucuk konkrit yang mencuar tinggi, lukisan “The Scream” oleh Edvard Munch dan juga pokok-pokok yang diubah secara genetik untuk menjadi biru yang kelihatan berbahaya. Tiada satu cara yang dapat dijamin bertahan di masa depan. Sebahagian daripada mereka yang terlibat untuk menghasilkan pesanan-pesanan di tapak buangan ini juga terlibat dalam satu cabaran yang lebih besar: berhubung dengan makhluk asing. Hal inilah yang menjadi tema “Extraterrestrial Languages”, sebuah buku baharu oleh Daniel Oberhaus, seorang wartawan bekerja di Wired. Tidak kita tahu cara makhluk asing terima maklumat. Sepasang plak dihantar pada awal 1970-an menggunakan Pioneer 10 dan 11, dua kapal angkasa, yang menunjukkan manusia dalam berkeadaan bogel dan peta kasar untuk mencari bumi—perkara yang asas, namun hal yang demikian juga masih menganggap makhluk asing dapat melihat. Memandangkan kapal angkasa yang sedemikian tidak punyai peluang melainkan sangat sedikit untuk ditemui, siaran radio dari Bumi, dengan kelajuan selaju cahaya, lebih berpeluang untuk berhubung. Namun seperti radio di bumi mesti ditalakan pada frekuensi yang sama, begitu jugalah halnya dengan radio antara najam. Plak Pioneer memberi isyarat dalam bentuk rajah asas atom hidrogen, yang kekutuban magnetnya bertukar pada selang yang nalar, dengan frekuensi 1420MHz. Memandangkan hidrogen ialah elemen yang paling banyak dalam alam, diharapkan lakaran ini boleh dijadikan seperti nombor telefon. |