Imagine dining in a European capital where you do not know the local language. The waiter speaks little English, but by hook or by crook you manage to order something on the menu that you recognise, eat and pay for. Now picture instead that, after a hike goes wrong, you emerge, starving, in an Amazonian village. The people there have no idea what to make of you. You mime chewing sounds, which they mistake for your primitive tongue. When you raise your hands to signify surrender, they think you are launching an attack.
Communicating without a shared context is hard. For example, radioactive sites must be left undisturbed for tens of thousands of years; yet, given that the English of just 1,000 years ago is now unintelligible to most of its modern speakers, agencies have struggled to create warnings to accompany nuclear waste. Committees responsible for doing so have come up with everything from towering concrete spikes, to Edvard Munch’s “The Scream”, to plants genetically modified to turn an alarming blue. None is guaranteed to be future-proof.
Some of the same people who worked on these waste-site messages have also been part of an even bigger challenge: communicating with extraterrestrial life. This is the subject of “Extraterrestrial Languages”, a new book by Daniel Oberhaus, a journalist at Wired.
Nothing is known about how extraterrestrials might take in information. A pair of plaques sent in the early 1970s with Pioneer 10 and 11, two spacecraft, show nude human beings and a rough map to find Earth—rudimentary stuff, but even that assumes aliens can see. Since such craft have no more than an infinitesimal chance of being found, radio broadcasts from Earth, travelling at the speed of light, are more likely to make contact. But just as a terrestrial radio must be tuned to the right frequency, so must the interstellar kind. How would aliens happen upon the correct one? The Pioneer plaque gives a hint in the form of a basic diagram of a hydrogen atom, the magnetic polarity of which flips at regular intervals, with a frequency of 1,420MHz. Since hydrogen is the most abundant element in the universe, the hope is that this sketch might act as a sort of telephone number. | Bayangkan anda makan di sebuah bandar Eropah, di mana anda tidak tahu berbahasa tempatan. Pelayan hanya tahu berbahasa Inggeris dengan sedikit tetapi walaupun begitu anda berjaya memesan, makan dan bayar sesuatu yang anda kenal dari menu. Sekarang bayangkan pula selepas anda tersalah mendaki, anda muncul dan sedang kelaparan di sebuah perkampungan Amazon. Penduduk di situ tidak tahu hendak buat apa dengan anda. Anda mengajuk bunyi mengunyah yang mereka sangkakan bahasa ibunda anda. Apabila anda angkat tangan tanda menyerah, mereka sangkakan anda mahu menyerang. Berkomunikasi tanpa berkongsi konteks yang sama adalah sesuatu yang susah. Sebagai contoh, kawasan radioaktif mestilah dibiarkan tanpa diganggu selama berpuluh ribu tahun; akan tetapi memandangkan bahasa Inggeris 1000 tahun yang lalu sudah tidak boleh difahami oleh kebanyakan penutur moden, agensi-agensi perlu berusaha keras untuk membuat amaran berkenaan sisa nuklear. Jawatankuasa yang bertanggungjawab sudah mencuba bermacam cara, dari menjulang dengan pacak konkrit, sehingga ke "The Scream" oleh Edvard Munch, sehingga ke tumbuhan yang diubah secara genetik kepada warna biru yang membimbangkan. Tetapi tiada satupun yang boleh dijamin kalis masa hadapan. Ada beberapa orang yang sama yang membuat mesej berkenaan tapak sisa ini berdepan dengan masalah yang lebih besar iaitu berkomunikasi dengan makhluk asing. Ini adalah subjek kepada "Extraterrestrial Languages", sebuah buku baharu oleh Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tidak dapay diketahui bagaimana makhluk asing mendapatkan informasi. Sepasang plak telah dihantat pada awal 1970-an dengan menggunakan dua kapal angkasa, Pioneer 10 dan 11, yang menunjukkan manusia dalam keadaan bogel, sehelai peta kasar untuk mencari Bumi- perkara asas, tetapi itupun seandainya makhluk asing boleh melihat. Memandangkan kapal tersebut mempunyai peluang yang sangat kecil untuk dijumpai, siaran radio dari Bumi yang bergerak dengan kelajuan cahaya lebih berpeluang untuk berhubung. Akan tetapi sebagaimana radio di daratan perlu ditala ke frekuensi yang betul, begitu juga dengan makhluk di angkasa. Bagaimana makhluk asing boleh terjumpa frekuensi yang betul? Plak Pioneer memberikan petunjuk dalam bentuk gambar rajah atom hidrogen, kekutuban magnet yang berbalik-balik dalam selang yang tetap pada frekuensi 1,420MHz. Memandangkan hidrogen merupakan elemen yang banyak terkandung di alam semesta ini, diharapkan lakaran ini mungkin bertindak semacam nombor telefon. |